- 014 603 3523
- 014 603 3523
- emc.easymanagementconsultant@gmail.com
- No. 30, (1st Floor), Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak. (HQ)
1. SIJIL PPK (PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR)
• Sijil ini memperakui anda adalah kontraktor yang sah dan berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
2. SIJIL SPKK (SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN)
• Sijil ini melayakkan anda untuk menyertai tender kerajaan dan merupakan sijil yang diperlukan jika and ingin mohon tender yang berkaitan dengan kerajaan.
3. SIJIL STB (SIJIL TARAF BUMIPUTRA)
• Sijil ini memperakui bahawa anda adalah kontraktor berstatus syarikat kontraktor Bumiputera. Pemegan STB layak menyertai tender-tender kerajaan dalam bidang pembinaan khusus untuk bumiputera.
4. SCORE (PROGRAM PENILAIAN KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KONTRAKTOR)
• Sijil ini merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan dan kemampuan kontraktor dalam industri pembinaan. Sijil ini merupakan kayu ukur terhadap keupayaan, prestasi dan kemampuan kontraktor.
Lesen MOF ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk para pembekal atau kontraktor yang ingin berurusniaga atau menyertai sebut harga dengan pihak kerajaan. Sebagai pembekal yang mempunyai Lesen Kewangan MOF, anda boleh juga memohon Sijil Taraf Bumiputera MOF. Dengan adanya Sijil Taraf Bumiputera, anda berpeluang menyertai tender kerajaan yang dibuka khas bagi pembekal yang mempunyai Sijil Taraf Bumiputera ini.
Permit SPAN adalah sejenis lesen untuk menjalankan sesebuah kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu sendiri. Lesen ini mempunyai pelbagai kelas tersendiri dan kategori kerja yang khusus. Pemilihan kontraktor akan dipilih melalui proses yang adil dan saksama iaitu TENDER bagi mengukur kemampuan sesebuah syarikat untuk menjalankan tanggungjawab yang akan diberikan.
Ulasan lanjut, permit ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
Bertanggungjawab Dalam Bidang Masing-Masing. Antara Servis Perniagaan/Perkhidmatan Yang Kami Sediakan Bermula Dari PENUBUHAN SYARIKAT SDN. BHD, PENDAFTARAN CIDB SPKK, STB & KAD HIJAU (Daftar & Renew Lesen Cidb G1-G7, Daftar & Renew Spkk G2-G7, Daftar Sijil Score G2-G7, Daftar & Renew Sijil Taraf Bumiputera G2-G7, Daftar & Renew Kad Hijau, Tambah Kod Pengkhususan (Tambah Bidang) ), PENDAFTARAN MOF (Daftar & Renew, Tambah Pengkhususan, Kemaskini Profil Syarikat, permohonan Sijil Digital). Kami Akan Berusaha Memberikan Perkhidmatan Yang Cemerlang & Kepuasan Anda Berurusan Dengan Kami Adalah Kejayaan Terbesar Bagi Kami.
SYARAT UTAMA Syarikat/Perniagaan yang diperbadankan di Malaysia, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB)
Pendaftaran sebagai VENDOR TNB ,melayakkan syarikat tuan/puan untuk menyertai sebutharga/tender yang diiklankan oleh TNB sama ada melalui sistem SRM atau melalui laman sesawang TNB.
Pendaftaran dengan MOF/CIDB, Sijil Pengiktirafan Bumiputera dan Sijil Perniagaan ROC (SSM) hendaklah tempoh sahlakunya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan Syarikat yang ingin berdaftar dinasihatkan untuk mengemaskini data dengan MOF, CIDB dan PKK kerana semakan lanjut akan dilakukan dengan semua sistem rekod berkenaan
Menurut perundangan, syarikat sdn bhd merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanya harta benda syarikat sahaja.
Pemilikan syarikat sdn bhd diwakili oleh pemilikan unit saham dalam syarikat. Semakin banyak unit saham yang dimiliki oleh seseorang pemilik, semakin kuat kuasa pemilikannya ke atas sesebuah syarikat itu. Saham – saham yang dimiliki merupakan harta kepada pemiliknya dan boleh dipindah milik bila – bila masa yang dikehendaki.
Pengecualian Cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.
Pada asasnya syarikat sdn bhd ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.
Pada asasnya syarikat sdn bhd ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.